9 - 11 September 2024 (Isnin - Rabu) - Baru-baru ini seramai 6 orang tenaga pengajar Teknologi Foundri dari Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak mengikuti program CCS selama 3 hari. Mereka menghasilkan produk loket menggunakan teknik spin casting melalui Modul Kemahiran Kraf Logam. Mereka menzahirkan rasa syukur kerana dapat menimba ilmu dan perkongsian dalam mempelajari pembuatan produk logam.
Tahniah diucapkan kepada peserta CCS kerana berjaya menghasilkan produk logam. Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat didedahkan kepada anak didik IKM.
4 September 2024 (Rabu) - Pembuka kisah di bulan September, kami menerima kunjungan dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (MIDI). Mereka seramai 15 orang penuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen dan Pemasaran bersama 3 orang pensyarah. Turut serta juga 12 orang tenaga pengajar TVET menyertai program CCS Modul Kemahiran Batik Canting / Lukis. Mereka menghasilkan produk hiasan dinding berukuran 11 inci x 11 inci.
Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta CCS kerana berjaya menghasilkan karya hanya dalam masa 1 jam sahaja. Semoga pengalaman baharu ini dapat mendidik warga belia mencintai produk kraf.
9 Julai 2024 (Selasa) - Program CCS Modul Kemahiran Batik Canting/Lukis ini merupakan program kedua pada tahun 2024 yang disertai oleh pelajar First City University College (FCUC). Program ini juga telah disertai oleh pelajar First City University College (FCUC) pada 6 Februari 2024 yang lalu. Pada program kali ini, seramai 11 orang pelajar telah menghasilkan produk skaf kain kapas berukuran 1 meter. Penghasilan produk ini menggunakan teknik canting / lukis yang mengambil masa selama 6 jam untuk disiapkan.
Turut serta juga ialah 15 orang pelajar Diploma Fashion Design Technology dari Sunway College (SC). Puan Sharifah Mazwari , pensyarah SC membawa para pelajar beliau menyertai program ini setelah mendapat maklumat CCS melalui rakan sejawatnya, Encik Hasry @ Hosny (Pensyarah FCUC). Pelajar-pelajar beliau mengikuti modul yang sama, teknik canting dengan menghasilkan skaf berukuran 1 meter. Bahan mentah yang digunakan bagi modul ini adalah kain satin.
Syabas diucapkan kepada kesemua peserta CCS kerana dapat menghasilkan karya seni yang cantik dan menimba pengalaman dalam pembuatan produk seni kraf.
20 - 21 Jun 2024 & 24 - 25 Jun 2024 - Ini merupakan tahun ketiga SIS menyertai program CCS IKN. Kali pertama adalah pada tahun 2022. Modul Kemahiran Kraf selama 4 Hari yang membabitkan 5 jurusan telah dilaksanakan pada tahun ini.
Seramai 83 orang pelajar yang berumur 15 hingga 17 tahun terlibat dalam modul ini. Para pelajar telah dipecahkan berdasarkan tahap kelayakan umur.
Pecahan kumpulan adalah seperti berikut :
Jurusan Seni Kraf Batik
15 orang pelajar : Produk kain 1 meter gabungan teknik batik terap & batik canting.
Jurusan Seni Kraf Kayu
10 orang pelajar
5 orang pelajar : Produk penyangkut kunci teknik ukiran tebuk tembus bersilat.
5 orang pelajar : Produk bingkai kayu berukir teknik ukiran tebuk tembus bersilat.
Jurusan Seni Kraf Logam (Advance Level)
10 orang pelajar : Produk loket teknik pembentukan barang kemas.
Jurusan Seni Kraf Logam (Basic Level)
10 orang pelajar : Produk kutleriteknik pembentukan logam.
Jurusan Seni Kraf Seramik
16 orang pelajar : Produk cawanteknik lingkaran.
Jurusan Seni Kraf Rotan (Advance Level)
8 orang pelajar : Produk bangku mini teknik jalinan kerangka.
Jurusan Seni Kraf Rotan (Basic Level)
14 orang pelajar : Produk bakul rotanteknik tiang dan anyam.
Semoga program CCS ini dapat memberi ilmu kraf kepada para pelajar dan menjadi salah satu aktiviti tahunan SIS. Pihak IKN juga berterima kasih kepada SIS dalam menyokong dan melestarikan kraf ke arah pendidikan era baharu.
28 Mei 2024 (Selasa) - CCS kali ini disertai pensyarah dari UPSI Tanjung Malim iaitu Encik Mazuna Zainan bersama isterinya. Modul CCS yang dipelajari adalah modul kemahiran kraf seramik 1 hari. Beliau berdua menghasilkan produk hiasan dinding modul teknik kepingan. Produk berukuran 6 inci x 6 inci ini mengambil masa selama 6 jam untuk disiapkan. Keseluruhannya, mereka berpuas hati dengan pengalaman baharu dan ingin menyertai modul CCS bidang lain pula pada masa akan datang.
Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2024, Pusat Kecemerlangan Kraf, Institut Kraf Negara telah menganjurkan Apresiasi Kraf 2024 : “Pengekalan Warisan Pengukuhan Jati diri.” Bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Apresiasi Kraf yang diadakan bermula 23 Februari 2024 hingga 4 Mac 2024.
Apresiasi Kraf 2024 kali ini membincangkan tajuk-tajuk:
Lilin Sejuk Penyambung Seni Warisan Batik
Kelestarian Teknik Pintalan Dawai (Filigree) dalam Penghasilan Produk Barang Kemas
Teknik Tanggam dan Pasak Melayu dalam Penghasilan Perabot
Aplikasi Ikat Pakan dalam Tenunan Kontemporari
Penerapan Elemen Tradisi Dan Budaya dalam Kraf Seramik Kontemporari Malaysia
Teknik Anyaman dalam Penghasilan Produk Kraf Rotan Tradisional dan Kontemporari
Program ini merupakan perkongsian ilmu yang mengumpulkan ahli akademik, pakar seni kraf, pemain industri dan pelajar untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam kemahiran kraf di Malaysia. Panel-panel jemputan seperti En. Norhaiza Bin Nordin-Tokoh Kraf Negara, En. Wan Manang Bin Wan Awang-Adiguru Kraf Songket, En Ishak Bin Kasim-Adiguru Kraf Rotan, Dr Shamsu Bin Mohamad-Syarikat Sila Studio, Prof.Madya Abu Bakar Bin Sabran-Mantan Pensyarah UPSI, En Danuri Bin Sakijan-Syarikat Desa Alam Batik dan En Jamalias Bin Ismail-Syarikat Pasak Seni Ukiran Melayu.
Pusat Kecemerlangan Kraf berterima kasih diatas penglibatan penyertaan peserta daripada IPTA, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Agensi-agensi Kerajaan, Usahawan Kraf, Pemain Industri Kraf dan orang awam.
Sebagai menyokong kepada usaha “Pembelajaran Sepanjang Hayat”, Pusat Kecemerlangan Kraf turut menyediakan program Studio Kraf Kreatif (SKK) @ Creative Craft Studio (CCS) yang menawarkan pembelajaran kraf diadalam enam jurusan-Batik, Tenunan, Logam, Kayu, Rotan dan Seramik. Pusat Kecemerlangan Kraf berbesar hati dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam melaksanakan program-program yang berkaitan.
8 Februari 2024 (Khamis) - Program Creative Craft Studio (CCS) ke dua telah dilaksanakan bersama Kolej Tunku Kurshiah (KTK) Negeri Sembilan. Modul Kemahiran Kraf Seramik 4 jam adalah modul khas yang dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian KTK. Seramai 15 orang pelajar dan 3 orang pensyarah terlibat di dalam modul penghasilan produk mangkuk tanah liat teknik coiling. Para peserta dapat merasa pengalaman terus melalui ketelitian, kesabaran dan kreativiti dalam menghasilkan produk kraf seramik . Tahniah juga kepada peserta yang berjaya menyiapkan produk dalam jangka masa empat jam sahaja.
Aktiviti pertama program Creative Craft Studio (CCS) 2024 adalah Kraf Batik Canting 7 jam bersama First City University College (FCUC). Program ini telah dijalankan pada 6 Februari 2024 yang lalu. Modul ini dibangunkan setelah perbincangan dibuat bagi memenuhi keperluan peserta. Seramai 6 orang pelajar dan 2 orang pensyarah telah terlibat di dalam modul khas yang merangkumi asas penggunaan alat canting dan proses penghasilan produk skaf batik berukuran 1 meter. Produk-produk ini dihasilkan mengikut kreativiti tersendiri. Para pelajar didedahkan dengan pengalaman secara terus untuk menghasilkan sendiri produk batik lukis canting dalam waktu yang singkat. Aturan setiap proses serta “dos and donts” turut didedahkan kepada pelajar.
10 Februari 2023 (Jumaat) - Berlangsung aktiviti Program Kembara Seni Dan Budaya 2023 melalui Program Creative Craft Studio (CCS) Modul 3 jam bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO). Program ini melibatkan seramai 41 orang pelajar dan 2 orang penyarah. Pelajar - pelajar ini adalah merupakan bakal - bakal guru. Aktiviti ini telah berjalan hanya selama 3 jam yang melibatkan 6 Jurusan (Batik, Tenunan, Logam, Seramik, Kayu & Rotan). Pecahan kumpulan telah dibahagikan mengikut kesesuaian peserta. Pecahan kumpulan adalah seperti berikut :
BIL
JURUSAN SENI KRAF
KUANTITI
PESERTA
AKTIVITI
1.
Batik
7
Penghasilan Produk :
T-Shirt Batik (Ikat & Celup)
2.
Tenunan
7
Penghasilan Produk :
Hiasan Dinding (Tapestry)
3.
Logam
7
Penghasilan Produk :
Bingkai Gambar (Copper Tooling)
4.
Seramik
7
Penghasilan Produk :
Mangkuk Hiasan (Acuan)
5.
Kayu
6
Penghasilan Produk :
Penyangkut Kunci (Ukiran)
6.
Rotan
7
Penghasilan Produk :
Bakul Buah (Tiang & Anyam)
Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pembelajaran sepanjang hayat kepada generasi muda yang bakal bergelar guru dan secara tidak langsung dapat menyebarkan ilmu serta mendidik generasi akan datang tentang seni warisan kraf.